Kaedah Pelaksanaan Bancian Banci_Penduduk_dan_Perumahan_Malaysia_2010

Kaedah pelaksanaan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010, Jabatan Perangkaan Malaysia buat pertama kalinya memperkenalkan kaedah pengumpulan data yang pelbagai iaitu:

  • i. Temu ramah bersemuka oleh pembanci dan penghuni kediaman:

Pembanci akan melawat ke setiap tempat dan kawasan kediaman seperti yang telah ditetapkan oleh penguasa daerah bancian dan penyelia pembanci untuk menemu ramah penduduk bagi mendapatkan maklumat. Jika melakukan kaedah ini, maka kedua-dua kaedah dibawah tidak perlu lagi dilaksanakan pada tuan dan isi rumah yang sama.

ii. Pengisian sendiri

  • a) Drop-off and pick-up (DOPU)

Melalui kaedah ini, pembanci akan meninggalkan (drop-off) Kit Banci yang mengandungi item seperti berikut: Borang Soal Selidik (Dokumen 2), Pen khas untuk kegunaan urusan DOPU, Sampul Surat yang tertera perkataan "URUSAN SERI PADUKA BAGINDA" di bahagian muka sampul surat pada bahagian paling atas, Panduan Mengisi Borang Soal Selidik (DOPU) (Dokumen 15b), Panduan Mengisi e-Census (Dokumen 6) (Terhad) dan Surat Pemberitahuan Lawatan Semula (Dokumen 7). Penghuni tempat kediaman perlu memberi respon dengan mengisi sendiri dokumen-dokumen berkenaan. Pembanci akan kembali pada tarikh yang dipersetujui untuk mengambil semula (pick-up) dokumen yang telah lengkap diisi. Semua item tersebut akan dimasukkan ke dalam plastik khas berpelekat dan kemudian dimasukkan kedalam plastik penggantung yang turut diberikan oleh pembanci.

  • b) e-Census

Responden boleh mengisi soal selidik secara online melalui laman web Jabatan www.statistics.gov.my. Butir-butir Pengenalan (ID) akan dibekalkan dalam Kit Banci bagi membolehkan responden mengakses ke sistem e-Census.Untuk tujuan kawalan, pengisian sendiri soal selidik ini hanya melibatkan kawasan tertentu sahaja iaitu kawasan bandar besar atau kawasan yang susah diakses. Akses untuk menggunakan e-Census adalah terhad. Jika penghuni tempat kediaman memilih untuk melangsaikan urusan soal selidik banci secara DOPU maka cara e-Census tidak diperlukan untuk dilaksanakan, begitu juga sebaliknya.